Team Ultron Runners Ultron

Team Ultron Runners Running Movement merupakan salah satu inisiatif oleh Ultron Malaysia yang bermula pada tahun 2016. Initiatif ini adalah berkonsepkan “Klinik Larian” bermatlamat untuk memberikan pendedahan,  ilmu pengetahuan serta membangunkan sukan larian khususnya bagi generasi muda di Malaysia. Klinik ini dianjurkan satu kali seminggu pada setiap bulan, adalah percuma (dan terhad) serta terbuka kepada semua orang awam yang berminat untuk menyertai dan menimba ilmu pengetahuan serta mempelajari kaedah dan teknik berkenaan sukan larian yang betul tanpa mengira peringkat umur.

Klinik ini dijalankan selama dua jam bermula seawal jam 7.30 pagi dan dikendalikan oleh jurulatih yang diiktiraf serta dibantu oleh Kapten – kapten Team Ultron yang telah dipilih dikalangan peserta yang hadir.

Pada Mei 2019, Ultron Malaysia telah memperkenal pasukan Elit yang dikenali sebagai Team Ultron Runners Elite yang terdiri dari kalangan pelari – pelari berpotensi tinggi yang dipilih berdasarkan pencapaian cemerlang mereka di dalam dunia larian. Matlamat utama pasukan ini adalah untuk memberi inspirasi dan memupuk minat kepada pelari – pelari lain khususnya  generasi muda terhadap sukan ini melalui perkongsian ilmu dan pengalaman mereka.

Pelari – pelari ini juga akan mewakili Team Ultron untuk setiap acara larian yang disertai oleh mereka di samping menjadi “brand influencer” mempromosikan produk dan penjenamaan Ultron Malaysia. Setakat ini, pasukan elit ini mempunya 6 orang pelari, yang terdiri daripada 4 orang lelaki dan 2 orang wanita.